Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Thursday, January 5, 2012

Ekspo Perkahwinan 2012

Sekarang ni gila sensitif kalo dengar ada ekspo perkahwinan segala. Pergi ekspo, amik pamphlet semampu yang boleh lalu disimpan ke dalam handbag sebesar guni bawang. Mampukah anda melakukan benda yang sama seperti yg dilakukan oleh saya? Ok sebenarnya saya disini bukan untuk membuang tebiat tapi the main point menjejakkan kaki ke karnival seperti ni adalah untuk mencari ilham for my big day nanti. Serius agak kepoyoran kedengaran disini tapi itulah rialitinya.

Di sini anda dapat membandingkan semua harga & perkhidmatan yg ditawarkan kepada bakal pengantin dr A to Z. Maklum la 1st time nak wat event cam gini so nerves dia terover la pulak. Lagi over kalo dapat tengok busana yg gorgeous ya ampunnnn oh oh dengan pelamin yg ala-ala fairy tail tu. Oh damn cute~

Baru-baru ni baru je lepas usha-mengusha abg badan ketak joget asmara dana 1 ekspo kat Space U8 Mall, TTDI Shah Alam. (30 Dec 2011 -  1 Jan 2012), dan seperti biasa pamphlet dah pon disimpan ke dlm handbag bawang. Alhamdulilah disitu haha


Oh it's ok guys bagi sesiapa yg dah terlepas event tu minggu ni (6 Jan 2012 - 8 Jan 2012) ada 2 tempat yg boleh anda kunjungi. 1 di Maju Junction Mall dan 1 lagi di Jusco AU2, Setiawangsa. Nah amik ko detail gile aku bagi ni.  Bulan February ni pon ada lagi 1 ekspo tp kalo nak tau kat mane, kene la tunggu next entry ok.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...