Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Tuesday, February 7, 2012

Bali Tour (ep 2 - Jimbaran Bay)




Dari Denpasar Airport sebenarnya kitorang singgah ke Krishna Oleh Oleh Shop dulu. 1 kedai yang betul-betul terbaik di Pulau Bali bagi kami tapi akan ku cerita tentang Krishna Oleh Oleh Shop tu nanti ya. Sila tunggu jika tidak pasti anda akan menyesal nanti. haha gila ugut ni

Tajuk utama kali ni, Jimbaran Bay so kita kena fokus kat Jimbaran Bay saja ya. Meh kita tengok sikit camne rupa Jimbaran Bay tu :


Eh salah pulak.. hehe ni muka-muka budak perak yang tak penah nampak pantai. Ok kali ni serius Jimbaran Bay.


Amende la Jimbaran bay yang dok cerita dari tadi ni kn? Ok sebenarnya Jimbaran Bay ni pantai biasa je dah  ala-ala cam pantai PD kita tu je. Tapi kat sini ni kira tempat wajib tok pelancong mai. Makan-makan tengok sunset je pon. Nama pon tempat tok honeymoon so kiranya romentik abis la tok pasangan yang mai berdua tu. Boleh makan suap-suap sambil tengok matahari terbenam sambil tu boleh la kuar kata-kata sakti cintan cintun kat pasangan memasing. You jump, i jump cam dalam dialog cerita titanic tu. Kalo cam kitorang ni tau melantak mengabiskan makanan jela gamaknya. Nak romentik ngan dorang tu erkk memang tak la kan.Kalo you nak jump, pi jump sesorang. Laut hindi tu weh memang tumpo la gamaknya. (tumpo means mati, dlm bahasa perak)  lol ~



Ni la tempat kitorang menjamu selera aritu. "Melasti Kedonganan Cafe" So silalah ke sini nanti ya. Ajak pak supir anda kesini. Makanan dia sedap-sedap gak.


Sambil makan, pengunjung di sini akan di dendangkan dengan alunan lagu traditional dorang yang mengunakan buluh ni. Sorry la tak tau la apa nama benda alah tu coz tak sempat nak tanya kat orang kat situ.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...