Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Tuesday, August 14, 2012

Legoland Malaysia


Dalam banyak²  mainan, mainan apa yang paling mak saya tak suka? Jawapanya ialah... LEGO lah. Sebabnya kalau kita main lego mesti ada 1 piece or 2 or maybe more than 10 piece yang akan berterabur kat dalam rumah kita. Dapat pulak budak degil cam kitorang ni, lepas main confirm tinggal macam tu je. Bila dah terpijak mula nak mengadu sakit kat mak. Tapi kaum ibu kena sabar ya sebabnya jika anak anda main permainan ini secara tak langsung pemikiran anak anda akan berkembang. Jangan marah pulak kalau diorang create bangunan or binatang besar gedabak kat dalam rumah anda. Simpan la tenaga anda untuk mengemas sama macam mak saya buat dulu²  untuk kitorang. haha

Great news untuk peminat tegar lego dimana wujudnya Legoland pertama di Malaysia yang terletaknya di Nusajaya, Johor Baharu. 



Harga tiket boleh search kat link ni --> PRICES AND TICKET
atau boleh usha FB dorang --> www.facebook.com/LEGOLAND.my


So adik², raya ni pegi la beraya and collect duit sebanyak mungkin then ajak mak ayah adik tok datang ke sini. Legoland ni officially dibuka pada 15 September 2012.

Ok bagi siapa nak tau bila, macam mana ataupon dimana lego ni wujud boleh la tengok video di bawah. 




Sunday, August 12, 2012

Rindu Nuffnang pulak

Semalam baru je post entry pasal rindu blog daku then suddenly automatic teringat nuffnang pulak. Konon-konon nak jenguk la blog stats and latest total earnings.. uhukkk hukkk nak ckp kat sini pon malu ye kawan-kawan. Pikir ade la dalam sejuta lebih tapi... seringgit pon tak lepas ha. Hambik ko diyana malas sangat nak update blog and post cerita yang meletop-letop cam mercun thunderclap tu. Mane maunya nak dpt sejuta tu. Tak menahan lak tu nak sejuta terus.. boleh ke?? hek? Come everybody..put your hand up and clap your hand.

Ok la abaikan angan-angan bodoh tu. Tujuan hamba menulis kali ni bukan tok mengaibkan diri sendiri yang tak seberapa popular ni. Sebenarnya saya amat tekezut sungguh ya yang nuffnang dah bertukar wajah. Oh tidak ku sangka 5 bulan saya menyepi banyak juga perubahan yang dah dilakukan. Senang cerita la..saya ni kunno atau kata nak sedap sikit ketinggalan zaman.



NICE

Saturday, August 11, 2012

Rindu blog ni weh


Maafkan saya... maafkan kerana mengabaikan mu. Pejam celik akhirnya 5 bulan sudah terabai tanggungjawab ku. Eceh... Lama gila tak update blog ni. Busy sangat berbusiness selama ni. Ok ni bukan salah satu tektik tok mempromosi business saya ya tapi kalau nak usha boleh jugak. ehemmm.. 

Erk lama tak wat karangan ni jadi blur la pulak. Pape jela weh.. meh usha blog yang ni ya
.
.
.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...