Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Monday, September 17, 2012

Doktor Yang Hebat

Cam pelik je title kat atas ni kan? Ok la sebenarnya nak cerita pasal "The Great Doctor". Cerita korea yang tengah dok tayang kat channel 393 astro. Bagi pengemar k-pop, memang mustahil la kalau tak kenal dengan mamat kacak bergaya si Lee Min Ho ni.

Ye saya rasa bersalah sangat sebab dah terlepas beberapa episode yang telah ditayangkan beberapa minggu ni. Oleh kerana terlampau busy dengan komitmen lain dan training naik turun tangga yang sungguh memenatkan itu saya telah terlepas nak tonton episode pertama. Dan yang paling saya tak boleh terima ni, apasal "mysoju.com" website not working ek? Aiseyyy memang takleh la nak usha episode yang lepas-lepas camni. Pening gak la nak men teka-meneka ni. Mesti la nak tau camne heroin tu boleh pi zaman tok kaduk tu kan..


Ohhh harap-harap la mysoju website akan baik seperti sedia kala... 
Nak tengok drama ni 1 shoot sekali hhhuwaaaa~
T_T "




Saturday, September 8, 2012

Atuk ku kawin lagi

Tahukah anda bahawa tahun ini merupakan tahun akhir saya beraya berstatus single? Insyallah tahun hadapan saya akan beraya dengan penambahan keluarga baru dalam hidup saya pula. Excited? Boleh dikatakan excited juga sebab ini merupakan tahun akhir yang membolehkan saya mengutip duit raya sebanyak mana yang mampu pada sesiapa yang sudi memberi. Pepatah melayu ada mengatakan bahawa "tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima". Eceh.. nak duit mulut nak kena manis ye dak?

Tahukan juga bahawa tahun ini saya beraya dengan penambahan ahli keluarga yang baru di kampung? Ya.. atuk saya dah potong line saya dahulu. hoho Congrats pada atok saya yang telah selamat bernikah pada 27 Ramadhan yang lalu. So next year tak payah la atuk nak kena keluar bersahur di kedai pada subuh hari dan next year atok boleh la oder menu pape je kat opah baru kita. Same goes to me kowt.. This year kena belajar memasak sebanyak mana yang mungkin untuk bakal suami saya. Oh gedik giler ayat ku.




SELAMAT PENGANTIN BARU TOK DIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...