Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Friday, June 25, 2010

Money Game


Korang mesti penah dengar pasal skim cepat kaya MLM (friends club,family club,star club,super team, etc). Malam td adik aku terbace pasal 1 group anti club camni kat fb. Actually aku adalah salah sorang ex dr salah 1 club yg tersenarai ha3. Tp tu dlu... Skunk aku dah xjoint lagi. Aku start kenal ngan club camni lepas kawan aku promote suh joint together sama2 cari wet poket lebih + boleh enjoy ngan ahli2 club len. Mase die start pancing, aku x bape nak layan sgt. Kawan aku kol ckp ade tiket lebih tok attend costume party kat genting. Die ckp makan minum,kenderaan,penginapan tok 3 ari 2 mlm sume ditanggung oleh club & seramai 400 orang yg akan attend party ni. Aku sekadar gelak je sbb tak bape nak caye sgt sbb cube korang bayangkan 400 org yg attend xkan la club nak sponser sume org.. mau kopak wet club kn. So aku reject bulat2 pelawaan die dan tiket tu burn camtu je.

Lepas die nek dr bercuti kat genting tu, die upload gambo dorang sume kat fb. Mmg terkejut tengok begitu ramai sgt ahli club yg attend dan sume memakai jacket warne oren tertera tulisan friendclub kat blakang jacket & Gambo hi2 drg mase costume party. Pas tengok pic tu aku mula pikir yg die xkencing aku.

So aku pon start nak joint club ni dan jumpa ngan dak2 tok sesi brainwash kat area sunway. Aku ingat kn club ni juz club biase yg jumpa kwn2 1 kepala then lepak2 tp lain lak citenye. Malam tu apa yg dorang cite mmg gempak abis. Ade level tok ahli2 yg berjaya (challenge marquise,MQ,Duke) bagai dan dorang start bukak plan and sharing2 sal bende alah ni. Menurut "mereka" club ni bukan club biase tp mereka menggunakan sistem pyramid tok cari member di bawah kite. Jika seseorang tu dapat member (P) lebih maka drg akan dapat income lebih dan bagi yg dah berjaya 1 kete mewah akan diberikan pada drg. Masa tu drg tanya income sebulan aku brape dan start wat pengiraan tok wat personnel loan.. Dorang akan berikan set penjagaan diri, duit untuk enjoy, tiap2 bulan ade trip tok ahli club dan macam2 lagi yg dorang janjikan yg buatkan aku buta ati.

Masa cristmas taun lepas, drg invite sume ahli2 club ke Hotel time square. Ade event kat sane sempena perayaan cristmas. Mase tu crowded xingat2 dengan bau dan asap rokok terkepung2 dah rase duk lam pub lak. Dat day sume org cam gile hyper, terloncat sana sini, terpekik2 cam orang ilang akal seru2 name Duke memasing. Yang peliknya mejority duke2 sume adalah org cina. Camni ke org melayu? Sanjung kaum lain dan yg kayanya org cina. Org melayu takat jd pencacai je.. Dan utk pengetahuan korang, duke2 ni sume xleh pakai. Banyak kes penyelewengan berlaku yang duke akan songlap sikit wet org bawahan. Dan yang paling menyedihkan kebanyakkan org melayu kite berenti kerja sbb dah gelap mata ngan wang. Orgnya pandai2, ade ijazah dan kerja yg baik sebelum joint club ni tp sanggup brenti kerja semata2 nak wat full time la kononya. haih sayangnya~


1 malam tu aku ade bawak P (kawan aku) tok bukak plan. Tetiba member club aku tanye "ko xde ke kawan yg keje gomen?" Mulanya aku xpaham so aku pon tanye la drg kenapa mesti gomen? Kenapa pkerja swasta xboleh? So dorang start explain kat aku yg pekerja gomen ni senang tok wat loan (biro angkasa) patut la ramai org gomen wat loan byk2 kat Bank Rakyat sebab Bank Rakyat senang nak approve dan bg pekerja swasta kite kne tengok record financial dorang. Patut la mase sesi wat senarai contact, drg asingkan pekerja swasta & gomen dlm column yg berlainan. Kalo keje gomen ni kemain lagi dorang. ayat power& layanan xsebaik pekerja swasta. Keadaan kat base dorang mmg crouded giler. Ramai sgt org yg dok layan club ni. Dari segi pakaian, accessories sumanye berjenama dan exclusive. Sume dok angkut handbag LV ke hulu hilir dan pakai kete mewah cam BMW, Fairlady etc. Kebetulan ade plak trip tok naik "star cruise" belayar dr singapore --> peneng --> phuket. Dan sumenya datang dr hasil investment partner2 bawah

Lepas tu ak
u start bawak sorang g partners dan 1 lagi soalan yg kuar "kawan ko ni anak org kaya ke?" aku mula pelik dgn soalan die. Ya dr segi perwatakan partners aku ni, die mmg seorang yg boleh diketogori dlm ketogori "cute" tp xbermakna die anak org kaya kn.. (sedang2 saja bah). Aku mula xsedap ati. Balik tu aku mula wat rumusan tentang sume ni. Aku mula berpendapat yg club ni mmg xleh pakai. Aku mula tarik diri Aku rase bersalah sbb tarik kwn2 aku ke club ni yg paling terkejut *tup *tup orang yg tarik aku masuk ke club ni pon dah tarik diri lepas ditipu RM15K kalau xsilap.




Alhamdulillah skunk aku rase slesa ngan life aku dan cari rezeki dengan hasil titik peluh sendiri tanpa menipu org dan makan hasil orang lain.

pesanan kat lua sana : Jangan high high good good sgt kunk korang nyesal kne tanggung utang keliling pinggang. Spotcar tah kemana family pon tunggang langgang.



Wednesday, June 23, 2010

lunch meal is provided for staff :(



Sebut pasal makan free sume akan senyum lebar n. Lagi2 kalo makan besau dan sodap. ha3 Nak dijadikan cerita td mase aku balik dr makan tengahari ngan ika (opismate aku), datang la site manager aku si abg CY kat maje kitorang. Dia cakap mulai esok kitorang leh makan free kat canteen. Company akan bayar dan tak akan deduct dari gaji memasing. ho3 bertapa gembiranya dengar bile sebut sal makan free ni. Boleh save budget tiap bulan woO.. Boleh gunekan wet tu tok beli baju,kasut,bla..bla... muahaha sukenye. Tp......ade 1 masalah besar yg timbul atas isu makan free ni. salah 1 sebab adalah jeng* jeng* owner kantin tu bukan org islam tp tokenye org cine. So kalo korang diberikan peluang cam aku, korang nak ke makan? mesti korang xnak kn. Kite xtau drg masak camne & bahan mentah tu sume drg beli katne. So tetiba kitorang rase tak happy balik dan hampa campur hampeh. haha

Company kitorang memang bukan dr kaum bumiputra tapi drg patut peka ngan keadaan sekeliling. Dorang wat bidang construction dan banyak pekerja asing akan kerja kat site dan semestinya orang Indonesia dan Bangladesh yang akan dok keje kat site ni dan yang paling penting majority agama mereka adalah islam ok. Islam ..!!

Sepatutnya pihak atasan perlu letak orang islam tok jadi owner canteen tu. Alasan dorang tukang masaknya tu orang indon tp dorang tak pikir ke yg akan beli bahan mentah tu sume mestilah tokey canteen tu. Dorang amik sambil lewa je isu ni. Dak2 opis aku dah pi tanye ngan minah indon tu samada drg masak tu ade gune bahan yg terlarang seperti (sang vavi o gune arak). Menurut kata minah indon tu drg masak xde gune bahan terlarang tp kata beliau ayam yg tokey drg beli tu sume xsembelih dan sume jenis patah tengkuk je. Alahai kembang tekak memasig dengo weh.. Camni ke nak supply makanan free kat staff.?? eeuuww tolong la. Sanggup g kitorang ngabiskan wet beli makanan sendiri dan yg penting halal dan tidak was2.



Miz U ~ ♥♥

Arini "Bestie" aku kene outstation lagi.. huhhhh tiap minggu kene outstation. Dah lame x jumpe die. Rindu woO. Bosan seyh bile die xde. Tp yg penting balik dr johor bawak banyak2 kepek tok ayang k. hu3 Xnak kepek yg dah lemau dan packed die dah berdebu (aritu die beli kn kepek yg camni.. geram je). Bile dah outstation mesti kite dah jarang msg. Masing2 sibuk ngan keje. Abg pon bile dah bis waktu keje mesti sibuk ngan word cup yang bosan tu. huhhh x suke ar world cup camni. world cup lagi penting kn.. fine :'(

Pesanan penting : Balik cecepat nnt kite pegi shopping beli present tok wedding maziah k. Nnt xde mase nak beli dah. Ok sayang. Miz u damn so much. balik cepat k~


Regards,



Wednesday, June 9, 2010

This Time For Africa

ZAKUMI
Semua orang duk cerita pasal piala dunia buat masa ni. Maklum la pasal bola kan.. sume orang suka bola lagi2 dak laki nih. Bola sepak 1 sukan yang cukup popular di serata pelusuk dunia. Tipu la kalau ade orang cakap yg dia tak tau apa itu bola kan. Kalau tak tau gak rasenya dia tu dok kat dalam gua kowt. ha3

So aku pon terpikir la nak tulis pasal world cup 2010 kat dlm blog aku nih. At least dapat sedikit info dah boleh bertukar pendapat ngan korang kan.

Piala dunia 2010 ni adalah piala dunia yang ke-19. Sebelum ni piala dunia yg ke-18 berlangsung kat Jerman kalau xsilap la tahun 2006. FIFA 2010 ni dijadualkan akan berlangsung dari 11 jun 10 - 11 jul 10 kat Afrika selatan. Ini merupakan kali pertama kejohanan seumpama ni dianju
rkan oleh negara Afrika. Terdapat 5 negara yg disenaraikan untuk menjadi tuan rumah bagi FIFA 2010 ni tp selepas bidaan dibuat oleh presiden FIFA Sepp Blatter dalam satu sidang media pada 15 mei 2004 di Zurich, negara Afrika telah berjaya dipilih daripada 5 negara yg disenaraikan iaitu Mesir, Maghribi, Libya & Tunisia. Tetapi memandangkan Tunisia ni adalah tuan rumah bersama, Tunisia telah menarik diri dari proses bidaan dan di ikuti oleh negara Libya disebabkan oleh tidak dapat memenuhi syarat yang tercatat dlm senarai permintaan rasmi FIFA. Afrika selatan mendapat 14 undian, sementara Magribi mendapat 10 undian dan Mesir tiada undian yg tercatat. Itali merupakan pasukan juara bertahan. Adakah pasukan ini akan mencatat kemenangan pada taun ini? So nantikan semua ini dalam FIFA 2010. ha3

Berikut adalah jadual bagi pasukan yg akan bertanding di FIFA 2010 nanti, check this out :


Shakira merupakan artis yg akan menyampaikan lagu tema rasmi bg pertandingan ini yg berjudul Waka Waka pada majlis pembukaan rasmi nanti. Saya dah upload lagu tok tatapan u'all so boleh la korang nak bergelek sakan lepas ni. ha3 Video klip ini telah dirakamkan di Barcelona, Spain dan turut menampilkan beberapa permain bola sepak antarabangsa seperti Lionel Messi, Dani Alves & Rafael Marquez




So lepas ni warung2 & kedai mamak pasti laku disebabkan oleh budaya tonton bola sepak di M'sia ni. Dorang lagi suka tengok perlawanan bola sepak di luar berbanding di rumah sendiri ni. haha

1 pesanan tok aney2 kat lua sana : Lepas ni sediakan bekalan gula yg secukupnya memandangkan krisis gula di negara dan erti kata lain kedai anda bakal diserbu oleh orang ramai. sediakan gak skrin sebesar2 alam. (ini permintaan ramai k) haha

Akhir kata makan bola, tdo bola jom tgk rockabola astro. Ops salah... haha enjoy

DerrrRRRRR <---- iklan coca-cola




Tuesday, June 8, 2010

Esok ade klas.?? mayamaa~

Sok ade klas la pulak.. aritu kate pospone bulan 7. Adoi baru nak jejoget kat opis ni. jess ni mmg xsuke tgk org senang ke? huhhhh T_T


Klas BI suck.. ngantok woOo~

Saman lagik..!!

Menirap tol la arini..
Parking lot dah la korang wat xbanyak tp tukang menyaman org melambak lak korang gajikan kat area U** ni. cam facka.!!

patut la korang sume perut buncit2 n. Tau nak menyaman org je tp facility tu tak reti2 lak korang usaha kn. kalo dah mmg kemaruk sgt nak makan wet org bek xyah buat parking je bodoh. Lebih baik korang wat kubo tok staff korang..!!

Balqees Hanina Turn 1 today


Epy bufday aqies..
Wishing you miles of smiles in the coming years.

Best wishes from ur great super duper nanny. haha

Monday, June 7, 2010

Lagenda budak seton



Huhh.. sume orang dah negok cite ni. aku je belom negok g. Susah tol la dapat bf x romentik ni. :'(

Ah x kira nak gak tgk. Luv farid kamil + fazura + lisa. OMG good combination suka 3 artis ni kowt..

Sinopsis :

Membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria segala suka duka terhimpun di sini. adakah senyuman yang tercipta atau airmata kesudahannya? hanya Tuhan yang menentukan segalanya. . . Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang. . . dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja. . . demi sumpahnya mencintai ayu sehingga ke akhir hayat. Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu
menjadi permaisurinya? Akan bahagiakah dia? Mampukah
dibuktikan pada dunia. . . cinta adalah segala-galanya! Cuma
Ayu yang punyai jawapan itu. Dan, Allah sebagai penentu! Dan, siapakah pula Katerina?

Tah aku pon xtau sebab tak tengok lagi cite ni. haha
So reramai la beli tiket dan ke panggung k..

p/s : hopefully lepas tengok cite ni hadi dapat jd romentik. haha in my dreams kot. ayakkk =_="



Sunday, June 6, 2010

Kenduri kahwin (member & sedara2)




Bulan ni je ade 5 jemputan kawin yang kene attend. pergh gile penat gue. Tapi yang penting aku tetap happy tengok dorang tempuh dunia baru. Selamat pengantin baru diucapkan kepada Abang Mahadir dan Fadhillah, Eja dan pasangan serta kawan seperjuanagan semasa kat poli shah alam iaitu ila serta pasangan beliau ezy. Sume dah kawin aku bila lagi nih.?? hurmmm... haha gatal gile.

29 -30 May 2010 - Mahadir's wedding

Abang mahadir ni cucu tok din yang paling tua dalam keluarga. haha dapat pasangan orang shah alam gak. selamat berbahagia la ek.

6 June 2010 -
Ila's wedding

Yang ni lak classmate aku tem kat poli. Kitorang main serbu je umah beliau walhal tak penah pon sampai kat batang kali tu sebelum ni. So men ikut kata hati jela pi kenduri ila. haha Sesat2 gak la kan. sampai batang kali lebih kurang kol 1 kowt...Kenduri ila mesti kena pegi sebab time kenduri wani ganu tak dapat nak pegi. (jauh dow) nak tengok member naik pelamin + amik berkat gak. wawa

Muka ila nampak berseri-seri je mase tu. haih seronok dapat tengok kawan2 bahagia ni. Hopefully uall bahagia ke anak cucu k.

Pesanan tok ila : Xmo emo2 lagi pasni. ko dah jadi bini orang. rerajin la masuk dapo pasni. haha tu wajib ar. urmmm pe g ek... ah cecepat dapat baby. Saing ngan wani ganu k.


12-13 June 2010 - Ija's wedding

Ija ni lak anak kepada pak long aku. Bulan ni pak long dapat durian runtuh hehe.. Pak long baru je dikurniakan cucu yg ke 3 pada bulan ni + menantu baru. wah mmg happy la pak long. bertambah la kaum kerabat En Yahya. Ape yg menariknya kenduri ni, kitorang dapat berkumpul sume sanak saudara masa kenduri ija ni. Dah lame tak lalui zaman rewang-merewang ni. dah tu sume pakat wat katering je kn. Ija dapat pasangan orang pahang. Selamat pengantin baru ija. =)









Saturday, June 5, 2010

New account

disebabkan oleh cerebrum aku kurang getaran, maka terciptalah account baru ni. haha
(lupa pasword account lame kowt) wek..wek.. ;P



Regards,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...