Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Thursday, February 23, 2012

Bali Tour (ep 4 - Maya Ubud Resort & Spa)



Selepas seharian kami penat berjimba tibalah masa untuk beradu pula. Memang jauh gila pak supir drive untuk ke hotel tu, kena masuk kawasan kampung  & kawsan berbukit lagi. Kitorang sempat lagi tido dengan nyenyak sekali. Malam tu kitorang check in kat Maya Ubud Resort & Spa. Kawasan yang betul-betul nyaman dan yang penting jauh dari kesesakkan bandar apatah lagi ada kedai topup ye dak? Oh sangat frust sesangat sebab tak dapat beli pulsa untuk make call ke Malaysia. Oh i miss my mom badly.. Oh ya Balcony bilik kitorang mengadap sawah bukit ya. Kat malaysia memang x dapat ar nak tengok sawah camni. Eh tetiba je kn td bukan kemain frust menongeng sebab tak beli topup siap-siap. Padan muka~

"Our Maya Ubud" 
(pergh kaya tol kitorang ade hotel sendiri. Oh silap mungkin di alam maya saja la hehe)


View dari balcony bilik kami. Masa ni pukul 6 pagi tp kemain cerah cam pukul 7 pagi di Malaysia je. Waktu di sini sama macam kat Malaysia. Contohnya kalo kat Malaysia pukul 10.00am so kat sini pon pukul 10.00am gak la. 


Yang pondok kecik tu sebenarnya bukan jamban ye. Yang tu villia, dimana setiap villa ade swimming pool mereka sendiri. Kiranya tak payah la nak share2 ngan orang lain. Kalo anda nak mandi naked pon tak heran bukan orang luar nampak pon sebab privacy gila. Tapi elakkan kn la ye.. muntah darah pulak nanti. Kalau nak tengok layout plan bilik & vila di resort ni, boleh click --> disini.


Breakfast, reload energy dulu sebelum camhore 1 resort.

Ok yang ni baru public swimming pool. So sila jangan naked di sini ya. Bagi guest yang takde pool kat depan bilik tu boleh la terkedek-kedek pegi ke public pool ni. alaa cam bilik kitorang tu. hehe amik yang rate murah memang ler takde pool ye dak? Tapi ok what.. boleh cuci mata selain cuci badan anda di sana. Abang-abang hensem pon ramai. ngee~


Kat sini orang tak heran sangat swimming pool. Suma pakat layan anak sungai je kat bahagian bawah resort tu. Memang terbaik siap boleh mancing ikan lagi. 


Wednesday, February 8, 2012

Bali Tour (ep 3 - Krishna Oleh-Oleh Shop)



Kalo orang pegi melancong, benda 1st yang dorang pikir mesti shopping tok family, jiran tepi umah, belakang umah tu belum masuk ngan officemate or housemate lagi. List dah bersusun ni dan disebabkan tak nak ter'missed 1 or 2 pesanan dalam list kita tu so kita kena la cecapat beli dulu sebelum terlupa. Kalo dah dok sakan menjongket confirm lupa punya la kn.


Kalau anda suma menjejakkan kaki di Pulau Bali, pastikan anda semua pergi ke Krishna Oleh-Oleh Shop ni. Saya suggest anda shopping di sini je kalau anda jenis yang nak save budjet cam kitorang la sebabnya kat kedai ni suma bebarang dia memang murah dari kedai-kedai yang ada kat pulau tu. Kitorang dah survey suma tempat tapi kedai ni yang paling terbaiklah. Dia cam pasar seni kita, ada jual t-shirt, kraf tangan, kain batik, toto, kekacang, key-chain bagai. Kat sini ada jual 2 jenis t-shirt, 1 shirt yang kualiti biasa (yang nipis sikit) dan 1 lagi yang kualiti baik. Yang kualiti baik ni dia asingkan dalam 1 ruang 'VIP" .. Perghh dengar cam mahal je kn sebab ade title VIP tu tapi kalo diconvertkan harga shirt tu, alamak baru lebih kurang RM 20.00 je dik non.. yang murah tu baru RM 8.00 je sehelai. Sangat murah bukan? Kalo beli kat ruang VIP tu siap dapat paper bag lagi ok. Nak bagi kat kawan or jiran pon tak rasa bersalah sangat. Boleh la anda belakon konon-konon cam beli kat mall yang mahal gitu tapi realitinya dah standard harga pasar malam je pon. Oh sangat kedekut kau Diyana.. 


Tu la paper bag yang saya cakap tu. ngeee~ 




Tuesday, February 7, 2012

Bali Tour (ep 2 - Jimbaran Bay)




Dari Denpasar Airport sebenarnya kitorang singgah ke Krishna Oleh Oleh Shop dulu. 1 kedai yang betul-betul terbaik di Pulau Bali bagi kami tapi akan ku cerita tentang Krishna Oleh Oleh Shop tu nanti ya. Sila tunggu jika tidak pasti anda akan menyesal nanti. haha gila ugut ni

Tajuk utama kali ni, Jimbaran Bay so kita kena fokus kat Jimbaran Bay saja ya. Meh kita tengok sikit camne rupa Jimbaran Bay tu :


Eh salah pulak.. hehe ni muka-muka budak perak yang tak penah nampak pantai. Ok kali ni serius Jimbaran Bay.


Amende la Jimbaran bay yang dok cerita dari tadi ni kn? Ok sebenarnya Jimbaran Bay ni pantai biasa je dah  ala-ala cam pantai PD kita tu je. Tapi kat sini ni kira tempat wajib tok pelancong mai. Makan-makan tengok sunset je pon. Nama pon tempat tok honeymoon so kiranya romentik abis la tok pasangan yang mai berdua tu. Boleh makan suap-suap sambil tengok matahari terbenam sambil tu boleh la kuar kata-kata sakti cintan cintun kat pasangan memasing. You jump, i jump cam dalam dialog cerita titanic tu. Kalo cam kitorang ni tau melantak mengabiskan makanan jela gamaknya. Nak romentik ngan dorang tu erkk memang tak la kan.Kalo you nak jump, pi jump sesorang. Laut hindi tu weh memang tumpo la gamaknya. (tumpo means mati, dlm bahasa perak)  lol ~



Ni la tempat kitorang menjamu selera aritu. "Melasti Kedonganan Cafe" So silalah ke sini nanti ya. Ajak pak supir anda kesini. Makanan dia sedap-sedap gak.


Sambil makan, pengunjung di sini akan di dendangkan dengan alunan lagu traditional dorang yang mengunakan buluh ni. Sorry la tak tau la apa nama benda alah tu coz tak sempat nak tanya kat orang kat situ.







Bali Tour (ep 1 - Denpasar Airport)



Blur gila rasanya. Tak tau nak story pe kat blog kali ni. Maybe disebabkan lepas naik cuti aritu boleh bantai demam sampai seminggu. Suma gara-gara demam bali. Nak sangat pegi bali kn? Ha amik kau tersadai kat umah seminggu. Apa ko rasa skunk Diyana? Best gila bukan?

Ok stop cerita sedih yang konon-kononnya mintak caring dari orang lain, now kita cerita pulak pasal pengalaman berada di pulau Bali. Serius amat menyeronokkan ok.!! 

Bertolak dari KLIA jam 12.25 pm. Yang bestnya, trip kali ni kitorang naik Malaysia Airline bukan lagi Air Asia. hehe So lebih selesa, paramugari yang cun dengan uniform yang lebih cantik dan lebih sopan ohh ohh dengan makanan yang juga double sedap woOo..

Tu dia MH851 kami

Nyum..nyum... jemput makan yek

Setelah 3 jam duduk di dalam kapal, ni la pemandangan yang paling nyaman penah ku lihat. Mari kita lihat gamba di bawah ya..

Gamba yg diambil dari dalam kapal terbang

Pemandangan di Denpasar Airport ni memang superb cantik. Seolah-olah korang landing kat paradise pulak. Cuba korang tengok gamba kat atas, airport dia dikelilingi oleh laut hindi dengan ombak yang setinggi tu serta bunyi deruan ombak wahh memang membuatkan kitorang teruja habislah kn..

Setibanya menjejakkan kaki di Denpasar airport, tengkuk-tengkuk kami dihiasi dengan kalungan bunga yg segar bugar giteww.. Ada akak sexy bagi kalungan bunga ni kat kitorang. Amoi-amoi kat sini sume stok men berkemban je. So yang lelaki tu sila jangan mengatal sangat la ya.


Jalan punya jalan kat area airport, tetiba ternampak benda alah ni. Ok dah boleh feel Bali pon skunk ni.

Bali traditional architecture

Next entry --> Jimbaran bay


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...