Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Friday, February 18, 2011

Vietnam Tour (ep 5 - Ben Thanh Market)

Ok² ni last entri.. promise ya.
Erk nak cite sal ape tadi ya? Oh ya Pasar malam Ben Thanh. Kalo anda pergi ke Ho Chi Minh kawasan yang wajib pelancong pegi mesti kat pasar ni. Die ibarat macam pasar seni kat KL tu la gamaknya.

Mak cik kedai pon tak bangun tido lagi kowt mase ni

Mase kitorang sampai haritu banyak kedai tak bukak lagi sebab kitorang mai terjah sesubuh alam dan yang paling penting CNY. Majority penduduk di sini beragama buddha dan menyambut CNY.


Kemain bersemangat kitorang siap standby bag tok isi bebarang yang nak di rembat tok bawak balik kampung. haha Eh ni rembat secara halal ok rembat berbayo ade pahem? Kat sini aku habis berjuta ringgit dong gak la. haha Duduk sini memang terasa macam OKB (Orang kaya baharu) sebab mata wang dorang sume stock ribu².  

Bayangkan 
2,000d = RM 0.30

Bayangkan lagi 
Setin fizzy water  = lebih kurang 9,000d

Pergh.. maunya kat m'sia nak beli setin air coke pai beribu. Lepastu penuh tebal wallet dengan wang kertas. OKB la katekan.. Kat sini habis berjuta tak terasa pon bile dah balik m'sia baru la memasing tergaruk² kepala sebab dah habis beribu kat sane. Kat negara ni memang anda takkan jumpa duit syiling. Eh² info penting lagi, rokok marlboro saiz besar baru 2 hengget je kat sane weh. Macam beli nasi lemak pulak kn. So korang yg merokok tu makin menjadi la pragai korang ye kat sane. Lepas ngabiskan duit kat Ben Thanh kitorang melawat pulak kat  War Remnants Museum. (dekat je dengan Ben Thanh Market ni)

Masuk je sini tetiba rase cam tau plak sejarah negara ni. Sume stock baca bersungguh² macam masuk final exam plak. Tapi memang sedih baca sejarah kemerdekaan dorang ni. Dan secara tiba² jugak rase bersyukur jadi anak merdeka mase tu. haha
 Camni la keadaan banduan mase zaman perang dulu. Yang penting die lagi kurus dari aku seyh.. ya bersyukur lagi sebab aku jadi anak merdeka. Erkk nak bayangkan lagi x? Bayangkan kalo aku la dok tempat die? Hah takyahla sah² lagi kurus dari yang ni kn..

Kenangan bersama rakan seperjuangan
Ape? seperjuangan? tetiba nak berpatriotik la pulak kat sini ya kami anak merdeka.!!






Wednesday, February 16, 2011

Vietnam Tour (ep 4 - Mekong Delta)

 
Entri ke-4 tok minggu ni dan ya tetap cite pasal Vietnam. Asal aku beria sangat nak cite pasal ni ek? Cam la takde cite lain ko nak tulis tapi takpe la aku just nak share kat korang pengalaman aku pi sane dan belum tentu lagi aku akan pi sane lagi dan belum tentu gak kalo aku pi sane lagi aku akan buat posting sampai 5-6 entri yang sama dalam seminggu. Korang mesti rase cam nak hempuk aku sebab bosan nak bace ape yang aku mencarut tah² aku copy & paste je kot entri dlu² sebab dah takde idea.

..... ok diyana please be serius sikit .....

Perjalanan dari hotel kami ke delta mekong ni memang mengambil mase yang lame bangat (kira² 1jam 30 minit) naik je bas pastu sambung membuta balik sebab kes tido mati malam tadi tak cukup puas ya.

Semasa dalam perjalanan ke sane terjumpa dengan satu kawasan sawah bendang. Tetiba aku ternampak suster ngesot kat tengah² bendang tu dok jaga tanaman. Korang percaya ke? mesti la korang tak percayakan sebab suster ngesot tu made in Indonesia. tempat yang aku pi ni kat Vietnam memang la menipu sangat. Ape la aku merapu ni ek? 

..... ok diyana, lagi please be serius sikit .....

Takde la sebenarnya aku nak cite kat korang yang aku terkesima tengok kat tengah² bendang ade kubo sanak sedara tuan punya tanah mase otw pi delta mekong tu. 

Tengok sikit.. aku tak mengarut ya memang betul² wujud kot. Kalo keadaan camni wujud kat m'sia memang semua orang taknak turun ke bendang. Ni ayat orang pemalas ok tu sume alasan je haha. Sebenarnya kawasan pekuburan bg penduduk disini terhad so bagi sesapa yang ade tanah tu memang sah² la tu je port dorang tanam kaum keluarga dorang yang dah pergi. Untung² dapat gak kubo dorang tu terjaga kan dah tu dan tu nak bersawah dan tu gak sempat ziarah sedekah pape yang patut. Untung dorang kan.. dah sambung balik cite pi mekong. Lepas jumpa je port kubo² unik ni kire² 15minit perjalanan kami pon sampai la ke delta Mekong ni.

  Here we goes..

Ni la cruise kitorang haha ingatkan dapat kerusi empuk macam yang sebelah tu. Ala yang kerusi die warna koko tu ha. Tapi apakan daya, kami disabotaj so dapat naik yang colour biru plak.

Oit jangan main² ya even dapat bot tak seindah warna koko tu tapi bot biru ni siap ade sediakan air kelapa champion okay.   

Mase dalam perjalanan ke dragon Ireland tetiba terperasan dengan jambatan ni. Apakah .... yang berlaku? Tetiba terasa macam dah berada kat Pulau Pinang plak dan bila dah tiba di darat tetiba ternampak dengan
.
.
Rapunzel..!!

Walaweh mula² jumpa klon jambatan P.Pinang sampai je darat jumpa dengan klon karekter disney pulak. Terasa macam trips ke kayangan je. Tapi muka rapunzel asian ni seram kn? lagi² bile die dah start bukak mulut memang kopak la duit korang kene bagi tips kat die. Kalo nyanyi sedap takpe la jugak. Papepon aku tetap nak bagi pujian kat amoi ni sebab..even die bela rambut sepanjang jambatan tadi tapi amoi ni tetap pandai jaga rambut beliau. Sungguh halus dan lurus seyhhh malam² kalo sejuk boleh diupgrade menjadi gebo.

Lepas naik je darat merayau² tengok barang cenderamata dan merasa makan madu lebah fresh dalam 1jam macam tu, weall merasa lagi pulak naik cruise sampan. What? again? Tapi yang ni paling debak² rase hati cheq seriusly. Cheq nak habaq katsini yang cheq ni sebenarnya ni gayat air. =.="


Bersama sanidut (bajet cool jela ko sani)

Bersama ika gonjeng. Erk gamba encik Bo takde ye sebab die tengah sibuk layan mak cik sampan tu mengayuh mentang² bini dok jauh merenyam ye kojenya.

Pengalaman yang paling takleh lupa bersama mak cik yang gigih mengayuh sampan merentasi kawasan ni. Cool kan...





Monday, February 14, 2011

Vietnam Tour (ep 3 - Ho Chi Minh iCity )

 
 
Ha korang pikir kat Shah Alam je ade I-City, kat Vietnam pon ade dok.. Beza die cume kat Shah Alam kene bayor 10 hengget tok masuk tp kat sini free jek dan 1 lagi beza die kat Shah Alam x seramai umat berbanding kat bandar Ho Chi Minh ni. 

Kasi zoom bandar Ho Ci Minh di waktu malam sikit :






Yang macam ketupat besar gabak tu makanan tradisional dorang. Don't worry kite boleh makan sebab ianya halal ok

Game bubble yang aku slalu main kat opis pon ade gak..teruja mak tegok reptika bubble giant ni tu yang bergambo cam orang terencat je kaka

Reptika padi super giant juga. Agaknya orang sana memang suke yang besar² je kot

See crowded kan..pastu penyeluk saku memang leh cari makan la kat sini. Ya ni memang betul² terjadi so be carefull guys


Baru hari pertama tapi aku hentam sampai 3 entri. Balik hotel sume terus tido mati.

 Next post ----> Mekong Delta (entri ke bape plak nih?)



Sunday, February 13, 2011

Vietnam Tour (ep 2 - Cu Chi Tunnel)

  
  
  
Seperti yang djanjikan saya akan menyambung cerita tentang tempat yang telah saya jelajahi pada cny kelmarin. Ok enteri kali ni saya nak mengomel pula tentang Cu Chi Tunnel.
Cu Chi Tunnel..ape itu Cu Chi Tunnel ya? 

Ia adalah sebuah terowong yang awalnya dibina dalam usaha menetang penjajahan Perancis keatas Vietnam suatu masa dulu. Terletak di War Memorial Park di daerah Cu Chi, 100km dari Ho Chi Minh City (kira² 1 jam perjalanan). Cu Chi Tunnel merupakan rangkaian terowong bawah tanah sejauh 120 km. Ianya terletak di antara 1 hingga 40 meter di bawah tanah.

Ok ni gambaran sebenar terowong cu chi pada masa dahulu. Dari sini kite boleh lihat terdapat banyak bilik² kecil di dalam tanah yang lengkap dengan tempat untuk merawat pesakit, stor, bilik meeting dan tidak lupa juga dapur untuk mereka survive. Bagi mengelakkan mereka dikesan oleh pihak lawan, mereka telah bina 1 lagi lubang dan diletakkan kapas sepanjang lubang berkenaan bagi mengilangkan asap serta mengelakkan asap itu naik ke permukaan tanah. 

Pic ni terang sikit..Dah macam sarang semut plak ha

Cu Chi Tunnel briefing. Besar kan kawasan Cu Chi ni

Cu Chi guide demonstrates how to enter and shut the hole. No wonder la orang sane sume stock kecik², see lubang terowong rahsia ni pon kecik ya amat. So please kuruskan badan anda sebelum pergi ke sini ya. Ini berita yang betul² serius ok. haha

Bile selesai sudah demonstrasi terowong cu chi ni kite akan melawat pula tempat yang dipanggil self made weapon gallery. Di sini kita akan lihat pelbagai jenis perangkap yang dibuat untuk melawan pihak musuh.

 See-saw trap

Fish trap

Siap ade buh ular dalam tu, tak tahan sure tak leh lepas punya si pemangsa.

The booms

Sandals yang diperbuat daripada tayar lori

Ok part ni yang paling saya suka
jeng...jeng...
M A K A N    T I M E  
 
Lepas penat masuk terowong Cu Chi mesti perut anda akan berase lapa, so ape lagi kite makan la..

Makan time part 1 - low class section

Kami disajikan dengan ubi kayu rebus dan kacang masin sebagai bahan cicah. Motif die hidangkan menu ni sebab nak kitorang lawan kentut sape paling busuk mase dalam bas. Haha ok yang ni tipu je. Ubi kayu ni menu utama masa zaman perang dah name pon pegi lawat tempat zaman perang so memang bagi makan menu zaman perang la so memang tak dapat la nak oder siakap 3 rase kat sini. huhhhh melepas~

 Makan time part 2 - High class section

Kalau yang tadi tu jika anda makan ianya akan membuatkan anda mengalami sindrom kentut busuk, tapi kali ni sure terbaik. Kalau kentut pon tetap wangi dan akan disimpan di dalam lubuk hati dan memori daun keladi sampai balik ke Malaysia. Kedai Shamsudin ni bagi aku memang kedai makanan melayu paling terbaik kat negara ni.

 Close up skit pintu depan die

 Now kasi close up plak menu die

 walllaaaaa~

 pulakkkkk~

Lepas penat berjalan & bermuncung-muncungan mese tok cek in plak.  

 Ini la tempat kitorang tumpang berteduh semasa berada di negara orang


Next post --->  I-City Vietnam



Friday, February 11, 2011

Vietnam Tour (ep 1 - Ho Chi Minh City)

 

First of all, I would like to wish Gong Xi Fa Cai and hopes that the Year of the Rabbit will bring peace, joy and justice to all my readers. 

Secondly, Who today in office like me, engine cannot start, can't even get warm. Just sit in front of monitor (daydream) and been surfing nets the whole day during office hour? Ok jangan ikut perangai aku, makan gaji buta je tau pastu penuh jerawat kat muke sebab sik berangan 24 jam. Ok enteri kali ni special sikit sebab nak cerita pasal negera orang.

Dalam pada masa 1 dunia sibuk menyambut tahun baru cina tempohari, aku pon sibuk merayap ke sampai ke Vietnam dan sasaran utama tempat yang menjadi pilihan adalah Ho Chi Minh City, Saigon, Cu Chi Tunnel & Mekong Delta. Erk yang ni bukan mimpi ya..

Bermulanya kisah perjalanan kami semua pada 4 February 2011. Bangun sesubuh alam jam 5 pagi dan bertolak ke airpot (mase ni tak sedar lagi yg aku lupe bawak memori camera). Sesampai je airport terus timbang bag sebab takut terlebih muatan mane taknya dah tu bag xleh nak tutup. Jenuh la gak nak padatkan bebarang dalam bag tu sampai kunci bag tu rosak. Sume bende kat umah ko nak hangkut ye diyana. haihh~

Mr. Bodyguard terpaksa tinggal di malaysia buat sementara waktu ya.

Lepas sume kes luggage satel kami pi makan. Makan itu penting tok menjaga kesihatan diri ye kawan² (lesson no. 1). Menu tok arini ialah breakfast set Sausage McMuffin with Egg. Bertapa mengantoknya aku sampai makan pon tutup mata. Yang ni menu untuk jam 6 am 
(waktu malaysia).

Suke dengan pic ni, tak tau la nape. Bukan sebab Mr. Bodyguard takde ye.. Tak baik menuduh, fitnah tu 1 dosa (lesson no. 2) tp sebab pic ni cam cover album artis rockers jemban tak jadi. haha poyorrzz

 Dapat seat sebelah Sapit plak.. memang takleh sambung tdo la gamaknya camni. Die ni memang stock murai, susah nak tengok die diam.

Yang ni menu untuk jam 9 am. (juga waktu malaysia). Nasi lemak keras kematu bermutu. Bertapa banyaknya aku makan, menu no. 1 tadi baru je telan dan tak sempat nak hadam lagi dah menelan menu baru. 

 Muka si Sapit becok tengah menelan. Asal selera sangat ar. x sedap kot..

Bile dah dapat nasi lemak "bermutu" terus buat² comel bile makan.
Sapit pulak buat muke cam nak kene penyepak.
Adakah terkejut dengan menu yang disediakan?
haha no comment

Tepat jam 10.30 am (waktu vietnam) kami tiba di airport Saigon. Sesampai je disana tour guard sudah pon ready tok pickup kami dan bawak kitorang pi round 1 bandar Ho Chi Minh. Yeyyyy So..Bermula lah kisah kami sebagai sekumpulan pelancong yang kemain batak gile di negara orang.
Camwhore je mane² yang kitorang sempat.

fountain besar gabak kat tengah² kota

Temple ni aku tak berani masuk. Just snap picture dari luar bangunan je.

Kenapa mesti cable telekom? 
Aku pon tak tau kenapa tapi ianya menarik pandangan aku. haha
Kalo semut lalu pon boleh sesat nih. Tapi percaya or tak, cable telecom ni memang trendmark tok negara dorang sebab mase weall shopping kat Ben Thanh Market memang banyak sangat baju design tiang telekom yang sarat dengan cable ni. 



Camwhore mulut itik gembo² di depan General Post Office
(Capture 1 - tak bape cun)
Capture 2 - yang ni nampak terang sikit k. 
(alasan padahal nak tunjuk gambo muke tak bape cun) haha

Keadaan sebenar di dalam post office berkenaan. 
Dah, penat la nak posing lagi. To be continue on the next post ok........





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...