Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Thursday, August 26, 2010

3 Tahun berlalu sudah

Ya genab sudah 3 tahun perkenalan kami. Dlu masa mula kenal malu2 kuching (miawww.. miawww..) then now cam anjing & kuching (gung..gung.. miaaww.. miawww..) bile memasing start tunjuk ego & protes tiap kali xpuas ati. Tapi pape pon "ayg sayang kat abg". Eceh malu la saye ;P

Dalam tempoh 3 tahun ni mcm benda dah kite tempuh dan hampir pelusuk zon dah kite redah kasi pecah anak tekak ni dgn gelak tawa sebijik cam langsuir ilang rambot palsu yg pjg mengurai cecah lantai tu.

Antara moment terindah tu :-
  • Amat menyukai saat2 bercanda di tepian pantai sambil tgk sunset especially mase camping kat pantai PD & kat teluk batik walaupon dat time disahkan menghidapi penyakit denggi tp chill la bukan tahap serius k
  • turun naik bukit gahtong jaya sambil snap2 pic yg tah pape
  • jalan2 balik hari ke perak kerana xde hala tuju dan singgah beli pulut panggang yg sedap lagi lazat
  • mandi manda di sungai yg sejuk lagi menyakitkan urat2 1 badan coz kene panjat anak tangga yg tinggi lagi licin
  • Pegi zoo walaupon dikecam hebat oleh sume org coz dating kat zoo tp happy what.. Siap try gune camera DSLR yg baru beli lagi. huhu
  • Dan yg terbaru berbuka kat tasik ala2 picnic. Siap bawak tikar dan lauk pauk yg dimasak "SENDIRI" oleh saya. Yg penting home made ya dan saya yg masak lauk tu harap maklum. hoho Terima kasih sebab bg thumb up tok lauk pauk yg saye wat ye syg. Sedap kan? Lauk tu sume dah x kembang mcm laksa dlu. ngee~ (sori pasal kes laksa dlu. Sian die kempunan)
Lepas ni ayg akan blaja masak ngan bersungguh2 dan 24 jam bukak Asian Food Channel (AFC) - Channel 703 Astro

Daisypath Anniversary tickers

Yeah in memory babe..!!


Saturday, August 21, 2010

YuhoO mari bukak pose dulu yuk..


Dear all,


It's that time of the year again where we appreciate the holy month of Ramadhan by fasting or 'puasa' as we know it. Now, after a day of fasti
ng, surely you would be looking forward to breaking fast with delicious, mouth-watering cuisine of favorites, yes? And the good news, the management would like to treat us to a feast of Thai food this Ramadhan. The Berbuka Puasa will take place as per the following :-

Date
: 20 August 2010
Day : Friday
Time : 7.00 pm
Venue
: Restoran Sri Ayutthaya, No. 22 Jln USJ11/3J, UEP Subang Jaya, Selangor.

Ni la email yg dok dapat dat day. Thanx to the management coz pilih tempat yg tepat lagi sedap. Seriously sedap weh.. anda suka pedas? panas? manis? ni la tempat yg uall patut kunjungi.

Walaupon terpaksa mai lambat mase tu coz kene attend meeting IFCA pas habis waktu keje. Baru nak pi jalan2 amik bau dan cuci mata kat bazar. Tp hampa bila dak2 blah account dah start bising coz lambat sangat nak posting GRN kat depa. Tp ape leh wat 1 ungkapan je aku leh ckp iaitu "Software IFCA gila".. Dah la lembab habis heng sume 1 pc gara2 software ni. Nak loading pon kne tunggu 1 hour. Kalo korek idung ni dah menimbun kot hasilnya. haha (oi puasa mane leh korek idung dey.. batal puasa oO) dah la xnak cite sal IFCA bosan. Nak cite sal food huahhh food.. food..

Oh ya makanan die sedap giler plus alunan lagu ala2 berada kat negara Thai. Sib bek mase tu pelayan die xpkai kain seperti biasa. Trima kasih kerana anda menghormati bulan puasa ini ya. hoho


Pada sesiapa yg nak try masakan ala Thai boleh la berkunjung ke restaurant ini dan saya jamin anda pasti berpuas hati dengan menu yg disajikan spt tom yam siam, udang masak asam pedas kuasa 2, ikan sweet sour, kuih muih, ayam lemon tah mcm2 lagi la yg semestinya sedop. syurrruuppp~

Bile dah kenyang memasing wat muka toya


Tuesday, August 10, 2010

Arghh pimples..!!

Orang kate bulan puasa bulan yg mulia tp lagi mulia kalo jerawat tumbuh bak cendawan tumbuh lepas ujan. (air mata yg jatuh mencurah2 membasahi pipi) adoii.. Baru nak simpan muka 1 bln ni haha stock tok raye. Tp apakan daya saye ni terlampau matang sangat so jadi lah kes cam gini. Sila focus pada pic dibawah jgn nak kutuk ar..

Muka hampagas diyana

Bulan pose ni bukan takat menahan lapar dan dahaga tp aku juga perlu menahan denyutan manja akibat jerawat yg kian membesar. Arghhh yg paling tak tahan siap kne bahan tu ngan member sume. Especially kat part No. 3 tu.. Oh no cam style joyah2 je dow. No. 2 pon ape kurangnya ehmm amma~

Sebenarnya ade banyak lagi nombor2 kuning yg patut tertera kat pic diatas tp disebabkan diyana ni malu nak label kn so abaikan jela ek.

Kan best kalo dapat muka se"sexy" cam akak ni. See xde pon tag kaler kuning kat bibir. haha Erk tp yg kat dahi tu kenapa gelap sangat ek? ke ade tag kuning yg tersembunyi ni? wakaka oOo main kotor ar kak long. ;P


ngeee peace yoO~


Wednesday, August 4, 2010

Ramadhan Al-Mubarak


Bulan Ramadhan kini tiba lagi. Bulan yg memang dinanti-nantikan oleh setiap umat islam di seluruh dunia. Bulan yg penuh dgn keberkatan & kemulian dimana seluruh umat islam dpt meningkatkan keimanan & ketakwaan diri serta menambahkan kesyukuran atas nikmat yg diberikan serta berpeluang utk mendapat keampunan dr segala dosa yg tlh dilakukan.

Namun kelebihan yg disebutkan td tak terhad kat situ je sebab kite juga berpeluang meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan kita bila organ penghadaman kita akan ambil "Annual Leave" selama 1 month. Ok la tu 1 bln bukan lama pon kalau nak bandingkan dgn 1 year organ anda bekerja keras utk menghadam makanan anda selama ni. Namun organ dalaman anda bukan shj dpt berehat, tapi memberi peluang utk membersihkan "dirinya". Berpuasa juga akan memberikan peluang kpd tubuh badan utk membuang lebihan toksin yg terkumpul di dlm badan.

Petanda bahawa tubuh anda sedang membersihkan toksin dlm bdn adalah :

1. mulut akan berbau (bkn sbb anda sahur mkn sambal petai ya. kalo ya lagi bertambah busuk kot) haha

2. Kulit kering bersisik

3. Lidah kelat

4. Gatal-gatal kulit dan sebagainya

Kelebihan bulan puasa adalah kita dapat mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga dan org disekeliling kita dgn mengadakan jamuan berbuka puasa dan menjemput mereka berbuka puasa bersama-sama. ehmm nyumm nyumm ;P

Apa yg penting, kita harus mengamalkan pemakanan yg betul dan seimbang sepanjang bulan puasa ni. Jangan ade yg start bukak periuk tengahari buta o pergi ke kedai mamak kat simpang jln dan tapow tok diri sendiri malah tok kawan2, ish..ish.. nnt ade yg sakit perut kunk. haha (sapo la tu ya? mls nak mention kat sini so sendiri mau ingat la)





Sunday, August 1, 2010

Hari kejatuhan geng MLM

Ok skunk dah terbukti benda yg aku post dlu (date : 25/06/10) semuanya betul dan 1 malaya dah tau sal kelentong club ni. . Sumanya dah terbongkar bila lokasi pertemuan ahli club terbabit diserbu Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, JSJK Selangor dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) melalui Ops Serama di Pusat Perniagaan Mentari, Bandar Sunway, dekat sini, kira2 jam 11 mlm kelmarin. Mmg siaw abis bile 100 ahli dan dalang kene cekup kat 4 restaurant berbeza dan menahan 50 lelaki dan 9 wanita dipercayai ‘orang kanan’ sindiket terbabit

Dlm serbuan itu pihak berkuasa menahan beberapa dalang yg sedang memperdayakan mangsa utk melakukan pelaburan dan merampas 17 kereta mewah menggunakan nombor pendaftaran 8282, 925 dan 3399 yg menjadi simbol identiti sindiket itu.

Pada sesapa yg rasa diri teranaiya or nak tanya detail pasal benda ni boleh la dapatkan maklumat melalui laman web KPDNKK bagi mengesahkan samada syarikat yg menjalankan aktiviti jualan langsung tu berdaftar or tak. Mereka yg meragui kesahihan perniagaan tu diminta membuat laporan di pejabat KPDNKK untuk tindakan selanjutnya.


KUALA LUMPUR : Polis berjaya membongkar kegiatan 1 sendikit penipuan skim cepat kaya selepas menahan 59 org dan merampas 18 kereta mewah dalam satu serbuan di sebuah apartment si Petaling Jaya dekat sini malam td.

Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, ACP Rohaimi Md Isa, berkata sindiket yg meminta peserta membuat pelaburan sehingga RM41,000 tiap seorang itu dipercayai memperdayakan org ramai dgn menjadikan tawaran kereta mewah sbg umpan.

Beliau berkata, kegiatan itu terbongkar apabila polis melancarkan "Operasi Serama" yg disertai 82 anggota termasuk JSJK Selangor dan juga petugas dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan.

Katanya, 50 lelaki dan 9 wanita berumur antara 20 dan 30 thn yg menduduki tahap "higher level" atau upline dlm sistem piramid yg dianjurkan itu ditahan semasa mereka mengadakan perjumpaan di sebuah restoran.

"Dalam serbuan kira-kira jam 11 malam itu, polis juga merampas 18 kereta mewah termasuk Mercedez Benz, Fair Lady, BMW dan Mazda yg digunakan utk 'mengumpan' org ramai menyertai skim ini," katanya.

Rohaimi berkata, sindiket yg aktif sejak 2 thn itu mensasarkan org ramai terutama golongan muda yg baru berkhidmat dlm sektor kerajaan utk menyertai skim itu.

"Sindiket ini tahu, budak-budak muda ini mempunyai keinginan yg tinggi terhadap kereta mewah dan senang pula nak buat pinjaman," katanya.


Katanya, modus operandi sindiket ini ialah dgn meminta mereka melabur wang mengikut pelan sehingga maksima RM41,000 dan mencari pelanggan yg dikategorikan sebagai "downline" bg mencapai hasrat mereka bergelar jutawan.

Rohaimi berkata, org ramai bagaimanapun menyedari mereka tertipu apabila mereka tidak mendapat jumlah pulangan yg dijanjikan walaupun berjaya mendapatkan jumlah "down line" yg disasarkan.

"Sindiket yg mempunyai 3 kumpulan ini bergerak secara bebas dgn menggunakan restoran sbg tempat perjumpaan dan bertemu dgn kumpulan 'upline' bg membincangkan perniagaan mereka.

"Kami terima 2 laporan polis berhubung kes ini manakala kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pula terima 30 laporan," katanya sambil menambah risikan ke atas kegiatan sindiket terbabit dilakukan sejak 3 bulan lalu.

Beliau berkata, semua 59 anggota sindiket itu direman sehingga Jumaat ini bg membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - BERNAMA


Aku berharap sangat pihak berkuasa bekukan sume eset dorang yg xhalal tu. 1 lagi benda yg wat aku geli ati, dlu dorang cakap "sampai bile org kerajaan nak makan gaji pai ke tua? korang tak kn jadi kaye la.." (dengan angkuh drg berbicara) now kite boleh tengok org kerajaan pulak kasi die mkn kat lokap. tu pon kalo drg bagi kn. haha gud gud



d(",)b
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...