Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Friday, October 26, 2012

Training di Bukit Cerakah

Ye ini lah dia entri Bukit Cerakah untuk kali yang keduanya di mana saya tak berapa nak batak dah bila berada di tempat ni. Batak? Bagi yang tak paham apa yang dicarutkan ini sila lah klik link INI.

Kali ni takde dah nak beriya tunggu bas atau beratur sampai berpeluh hanya untuk sebuah basikal yang gelong tayarnya. Kali ni kita guna cara traditional iaitu berlari.. Sangat berbeza ya antara berpeluh untuk sebuah basikal dan berpeluh untuk sebuah bukit. Sangat memenatkan badan tapi sangat berbaloi untuk latihan sampingan bagi menguatkan stamina anda. Trek yang kitorang redah ni takde khidmat shuttle bas. So kalo agak-agak semput tu tak dapat la nak mengelat tumpang bas ke kan. Terpaksa gagahkan jugak badan untuk sampai ke bawah.



Now we have 2 more weeks to goo. Fighting.!!!

Tuesday, October 2, 2012

Hiking at Broga Hill

Tinggal sebulan je lagi untuk den menjejakkan kaki ke gunung kinabalu. Persediaan awal dah pon dilakukan. Belum naik gunung kinabalu tapi kaki dah separa mau tercabut. Otot-otot yang menakutkan sudah pon menampakkan hasil. Otot manakutkan? mesti korang bayang otot ala-ala 6 pax cam ade kat perut The Rock atau Triple H yang berhidung cam serombong kapal tu kan? Ok sila kawal emosi anda, yang pasti otot saya idak ler cam sebegitu rupa. Cam melampau nar je nak berotot camtu. Kalo takat betis keras cam betis jantan tu ade la. Mau tak keras kalo dah training turun naik tangga sampai ke tinggkat 19. Training pulak 2 kali seminggu ehmmm bukan takat betis je keras, kaki pon boleh tercabut weh.. semput gak la kan. Semua ni ku lalui dengan hati yang tabah demi KK. Ceh geli je ayat ku..

Sebelum panjat Gunung Kinabalu, kita kena lah panjat bukit yang kecik-kecik dulu. Contoh tempat yang paling famous yang orang dok sebut skunk ni adalah Bukit Broga yang terletak di semenyih. Sebenarnya dah lama den pegi broga ni tapi takde masa nak hampdek enteri. Ok mari cekedaut pic yang ade. Ikhsan dari camera kawan yang ikut hiking aritu juga.

Kitorang bertolak dari rumah jam 4.00am dan sampai di semenyih pada jam 5.00am. hiking jam 5 pagi? so bawak la torchlight or headlamp ye kawan-kawan. Nanti meraba pulak dalam hutan tu.


Tiba di puncak pada jam 6.00 am. Masa ni ramai dah pon berkampung kat atas cam ade pesta jew. Terlampau ramai sangat manusia sampai nak cari port untuk duduk pon susah. So pada yang nak cuba pegi broga diminta datang seawal yang mungkin.


3 lagi rakan yang kelewatan pada haritu. Pian sempat lagi jadi badang bukit untuk Ina. hehe


With Eli.. Kuat jugak adik aku sorang ni. Ingatkan tak lepas naik aritu.

With Daus 

With Ina

 Tugu kejong

And us.. Yeayyy heppy dapat tawan broga. 

So next project before KK.
.
.
.
Batu Cave edisi sport shoes ? ?
Mungkin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...