Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Saturday, January 5, 2013

Episode borang

Mak ai.. pejam celik-pejam celik tinggal 3 bulan je lagi untuk preparation wedding saya. Ohmai.. Naik new year je terus takleh nak tido lena setiap malam. Siap terbawak-bawak dalam mimpi tu pikir progress majlis tu nanti. Hopefully semuanya berjalanan seperti yang dirancang. Tapi tula kita merancang je, allah yang menentukannya. Baru-baru ni ada je yang tak kena dengan life. Bagai jatuh ditimpa tangga ololooo.. ayat nak pasrah je kan? Tapi tula memang stress gak kengkadang nak pikir pasal majlis lagi, kereta yang wat hal sampai kuar wang cam air dlm 1 masa lagi.. hadooiii pening dah ha kepala nak memikirnya.

Pastu bantai lak blur habis nak pikir step urus beborang tok kawin ni. Maklum la pi kursus kahwin dulu zaman nek gajah. Tambah lak dengan santapan semut 2-3 ekor dalam setiap sajian dlm tempoh 2 tahun ni. Eh stess la wehhh.. Sib bek la ade Encik Google yang sudi membantu ha. Tapi kesian gila kat Encik tunang kita yang terpaksa balik dengan perasaan hampa dari pejabat JAIS aritu. Kononnya berkobar-kobar la hati nak isi borang pertama tapi apakan daya kena balik isi borang on9 la pulak.. Gila maju lak zaman skunk nak kena isi borang secara on9. Masa pi kursus kawin aritu takde lak mention cam gini. Oh memang terasa zaman nek gajah la plak sijil kursus kawin kitorang tu.

Dengan pertolongan Encik Google boleh la recall sikit-sikit memori yang dah agak berlumut aritu. Tapi yang paling penting on9 dulu kat laman web ni (untuk anak Selangor je ye) --> Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Isi dulu borang 2A & 2B baru datang kat JAIS tok dapatkan surat kebenaran kawin (borang 3A). Bila Encik Tunang dah dapat borang 3A tu nanti bermula la pulak episode gelabah saya pulak. Konfirm kang ade je yang update status kat fb yang mengatakan "eh stress la pulak nak hadap beborang ni. pening kepala la. Kawin koboi kan senang" katanya...


Nampak tak kotak biru yang ade perkataan "MENGENAI SISTEM NCR ONLINE" tu? Tekan butang "DISINI" yang berwarna merah tu untuk manual bagi bakal pengantin. 


SELAMAT MENCUBA


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...