Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Friday, October 14, 2011

Cara mudah untuk membuat chocolate





Tinggal sebulan je lagi nak ubah relationship status kat FB. Dari single eh in a relationship kepada engaged. Wah mengeletis sungguh aku ni. Barang sume dah siap beli cume tinggal nak wat activity hias-menghias je ni. Tah jadi ke tak nanti ekk ..sebabnya memang zero habis la knowledge bab bende alah ni. Disebabkan nak save budget dan nak gak merasa jadi akak yg kreatif cam dalam youtube tu so amik gak la risiko ni. Bebarang yang diborong tu kitorang beli kat nilai 3 je. Memang murah dan berbaloi-baloi. Mane nak dapat barang yang buy 1 free 1 dik oi.. So save gak la kat situ. Sume nak under budget je aku ni kan.. bosan je dengar.

Eh cakap pasal budget, ini budget bukan sebarang budget ye. Arini budak budget ni nak share sikit resepi tok membuat coklet. Ha budget sungguh kedengaran bukan? haha




Ok bahan yang perlu di standby adalah seperti berikut :-

  1. 2 bar coklet masakan (coklet putih)
  2. 2 sudu besar minyak jagung
  3. 1 sudu kecil pewarna pink
  4. 1 sudu kecil perisa strawberry
  5. Buah badam (goreng tanpa minyak)
  6. Paper cup     
 ..................................................................................................................................................................

Cara-cara membuat :-

1.  a) Bahagikan coklet tadi kepada 2 bahagian
    b) Double boilkan 1 bahagian coklet tadi dan..
    c) Masukkan 1 sudu minyak jagung, 1/2 sudu pewarna & perisa 
    d) Kacau coklet tadi hingga cair kemudian angkat dan
    e) Masukkan coklet tadi ke dalam acuan hingga 1/4 penuh dan
    f) Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.
    g) Selepas 30 minit, keluarkan coklet tadi dari peti sejuk dan 
    h) Letakkan badam di atas permukaan coklet.

2. a) Ulang langkah 1a - 1d  dan tuang coklet tadi hingga penuh acuan. 
    b) Sejukkan sehingga keras dan letakkan dlm paper cup.


P/s : Kalau nak guna coklet hitam pon boleh gak. Tapi just gune perisa je la. Tak payah guna pewarna k. Sentiasa letak coklet dalam peti sejuk sampai tiba masa tok dihidangkan. 

Mudah je tok buat coklet ni. Lepas ni boleh la wat tok hantaran ye. hehe ok yg ni serius budget gile cita²



Hantaran ija April lalu ☺



Monday, October 10, 2011

Saman sulong



1st time dapat surat banyak² ni. Tetiba terasa cam glamour la sangat kan.. Nak bukak pon rase berdebar² je kot² dapat invitation dari someone special ke. Sekali dah bukak..... A L A M A K ~

1st sampul - S A M A N

2nd sampul -  I N S U R A N S



How lucky am i today.... ??!! 

Padan la tapak tangan sume sik gatal² je dari aritu. Apalah nasib aku ni? Aritu baru je sattle'kan saman MPSJ now saman speed trap la pulak. haihh... tapi serious, kenapa berdebar² sangat ni? Adakah disebabkan saman speed trap sulong? atau mungkin juga disebabkan tak berapa paham apa itu surat tawaran mengkompaun kesalahan lalu lintas? haaihhh tolong la buat kampen flat rate cam MPSJ aritu. 


1 saman = RM10. 


So boleh la jimat sikit duit aku kan. Aik pehal aku tetiba sokong pengurusan majlis tu pulak ni? Ok kalo korang wat kempen flat rate serious aku akan sayang korang lebih la camni. RM300 tu banyak tau nilai die. arghhh dah la majlis nak dekat. Dugaan betul la weh...





Tuesday, October 4, 2011

Bile Si Milah ade milia



Ape kebenda la milia ni kan. "Miliaria Crystallina" ni sebenarnya bintil² kecik yang berwarna putih dok ade kat mata or dahi seseorang. Sebernarnya dah lame bende (milia) ni ade dok tenggek kat mata aku. Dulu² sikit je tapi makin lame hamboihh... dah berkampung dalam pon kat keliling mata aku nih. Dulu mase baru timbul, wat donno je sebab pikir jerawat ke kan. Tapi lame² pelik gak sebab die tak masak² pon & bile picit takde hasil pon melainkan sakit sebab terpaksa picit & ofcoz berbekas la kan. Bayangkan bende ni timbul kat kawasan kulit nipis dan kalo picit fuhhh die punya pergi pergh sakittTttt ooOo.!!

 So pegi la tanya orang keliling ape kebende la sume ni kan. Hasil die, ade yang cakap 
"cholesterol nih..tu la makan lagi banyak bende berminyak"
Ai mak cik bende ni jadi kat baby gak kot. So baby tu lahir² kat dunia memang dah reti kunyah makanan yang berkolestrol tinggi ke? Kebetulan ahad lepas terbaca 1 artikal pasal milia ni kat majalah. 


Sebenarnya milia ni terjadi sebab beberapa faktor :
  1. Kulit sering terdedah dengan sinaran UV
  2. Basuh muka dengan sabun mandi
  3. Pengunaan krim mata 

Dan yang pasti, kos untuk rawat bende alah ni boleh tahan mahal la gak kan. Kene jumpa doctor untuk wat laser lagi. Haih... risau gile ni. Dah la majlis nak dekat ni. HELP ME ~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...