Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Sunday, August 1, 2010

Hari kejatuhan geng MLM

Ok skunk dah terbukti benda yg aku post dlu (date : 25/06/10) semuanya betul dan 1 malaya dah tau sal kelentong club ni. . Sumanya dah terbongkar bila lokasi pertemuan ahli club terbabit diserbu Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, JSJK Selangor dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) melalui Ops Serama di Pusat Perniagaan Mentari, Bandar Sunway, dekat sini, kira2 jam 11 mlm kelmarin. Mmg siaw abis bile 100 ahli dan dalang kene cekup kat 4 restaurant berbeza dan menahan 50 lelaki dan 9 wanita dipercayai ‘orang kanan’ sindiket terbabit

Dlm serbuan itu pihak berkuasa menahan beberapa dalang yg sedang memperdayakan mangsa utk melakukan pelaburan dan merampas 17 kereta mewah menggunakan nombor pendaftaran 8282, 925 dan 3399 yg menjadi simbol identiti sindiket itu.

Pada sesapa yg rasa diri teranaiya or nak tanya detail pasal benda ni boleh la dapatkan maklumat melalui laman web KPDNKK bagi mengesahkan samada syarikat yg menjalankan aktiviti jualan langsung tu berdaftar or tak. Mereka yg meragui kesahihan perniagaan tu diminta membuat laporan di pejabat KPDNKK untuk tindakan selanjutnya.


KUALA LUMPUR : Polis berjaya membongkar kegiatan 1 sendikit penipuan skim cepat kaya selepas menahan 59 org dan merampas 18 kereta mewah dalam satu serbuan di sebuah apartment si Petaling Jaya dekat sini malam td.

Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, ACP Rohaimi Md Isa, berkata sindiket yg meminta peserta membuat pelaburan sehingga RM41,000 tiap seorang itu dipercayai memperdayakan org ramai dgn menjadikan tawaran kereta mewah sbg umpan.

Beliau berkata, kegiatan itu terbongkar apabila polis melancarkan "Operasi Serama" yg disertai 82 anggota termasuk JSJK Selangor dan juga petugas dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan.

Katanya, 50 lelaki dan 9 wanita berumur antara 20 dan 30 thn yg menduduki tahap "higher level" atau upline dlm sistem piramid yg dianjurkan itu ditahan semasa mereka mengadakan perjumpaan di sebuah restoran.

"Dalam serbuan kira-kira jam 11 malam itu, polis juga merampas 18 kereta mewah termasuk Mercedez Benz, Fair Lady, BMW dan Mazda yg digunakan utk 'mengumpan' org ramai menyertai skim ini," katanya.

Rohaimi berkata, sindiket yg aktif sejak 2 thn itu mensasarkan org ramai terutama golongan muda yg baru berkhidmat dlm sektor kerajaan utk menyertai skim itu.

"Sindiket ini tahu, budak-budak muda ini mempunyai keinginan yg tinggi terhadap kereta mewah dan senang pula nak buat pinjaman," katanya.


Katanya, modus operandi sindiket ini ialah dgn meminta mereka melabur wang mengikut pelan sehingga maksima RM41,000 dan mencari pelanggan yg dikategorikan sebagai "downline" bg mencapai hasrat mereka bergelar jutawan.

Rohaimi berkata, org ramai bagaimanapun menyedari mereka tertipu apabila mereka tidak mendapat jumlah pulangan yg dijanjikan walaupun berjaya mendapatkan jumlah "down line" yg disasarkan.

"Sindiket yg mempunyai 3 kumpulan ini bergerak secara bebas dgn menggunakan restoran sbg tempat perjumpaan dan bertemu dgn kumpulan 'upline' bg membincangkan perniagaan mereka.

"Kami terima 2 laporan polis berhubung kes ini manakala kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pula terima 30 laporan," katanya sambil menambah risikan ke atas kegiatan sindiket terbabit dilakukan sejak 3 bulan lalu.

Beliau berkata, semua 59 anggota sindiket itu direman sehingga Jumaat ini bg membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - BERNAMA


Aku berharap sangat pihak berkuasa bekukan sume eset dorang yg xhalal tu. 1 lagi benda yg wat aku geli ati, dlu dorang cakap "sampai bile org kerajaan nak makan gaji pai ke tua? korang tak kn jadi kaye la.." (dengan angkuh drg berbicara) now kite boleh tengok org kerajaan pulak kasi die mkn kat lokap. tu pon kalo drg bagi kn. haha gud gud



d(",)b

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...