Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Wednesday, December 29, 2010

I like mat rempit

Kalo diberi peluang korang nak beli motor camne? Yang pasti korang tak kan nak request motor Honda EX5 tok dijadikan hantaran wedding korang kan.. Cube la request yang mencabar cikit nyah.  Ok kalo aku bagi korang sejebuk moto cam kat bawah ni agak-agak korang suke tak?


Mesti bangga kan tunggang motor camni bawak keliling kampung. Pasti ketua kampung korang terpikat lalu menawarkan anak gadis beliau kat korang tok dijadikan bini. Bile waktu malam korang mesti rase belagak ya ampun bile pakai sut cam sarkes, pasang lampu lip-lap yang sumpah wat korang rase cam kat mumbai. Tengok posisi penunggang ni pon dah tau yang die ni blagak ya ampun (terkangkang cam kene buasir je)



Korang ingat aku main-main ke? Motosikal cam sarkes ni memang wujud la. Kalo tak caye gak pi tengok cite Tron kat panggung. Kalo kedek gak nak beli tiket korang download je  la cite tu. Tengok sikit aku nipu ke tak.


Motor ni digerakkan melalui program komputer.  Motor ni dikenali sebagai Light Cycle. Panjang 2.43 meter, lebar 58.4 sentimeter dan seberat 215 kilogram. Ia boleh digunakan di atas jalan raya biasa dan mampu mencecah kelajuan sehingga 193 kilometer sejam. Kereta WMQ mewah aku yang tersadai kat depan umah tu pon tak leh cecah meter 190/hour.


Syarikat Parker Brothers Choppers (yang cipta motor ni) menyatakan pihaknya hanya menghasilkan 5 buah Light Cycle yang ditawarkan pada harga AS$55,000 bersamaan (RM172,452) tok seunit.



Owh... wish i can have this motorbike. Camla ko reti bawak moto kn diyana oii 
 P/s : Yunk..you tak nak beli ke motor ni? 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...