Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Friday, October 14, 2011

Cara mudah untuk membuat chocolate





Tinggal sebulan je lagi nak ubah relationship status kat FB. Dari single eh in a relationship kepada engaged. Wah mengeletis sungguh aku ni. Barang sume dah siap beli cume tinggal nak wat activity hias-menghias je ni. Tah jadi ke tak nanti ekk ..sebabnya memang zero habis la knowledge bab bende alah ni. Disebabkan nak save budget dan nak gak merasa jadi akak yg kreatif cam dalam youtube tu so amik gak la risiko ni. Bebarang yang diborong tu kitorang beli kat nilai 3 je. Memang murah dan berbaloi-baloi. Mane nak dapat barang yang buy 1 free 1 dik oi.. So save gak la kat situ. Sume nak under budget je aku ni kan.. bosan je dengar.

Eh cakap pasal budget, ini budget bukan sebarang budget ye. Arini budak budget ni nak share sikit resepi tok membuat coklet. Ha budget sungguh kedengaran bukan? haha




Ok bahan yang perlu di standby adalah seperti berikut :-

  1. 2 bar coklet masakan (coklet putih)
  2. 2 sudu besar minyak jagung
  3. 1 sudu kecil pewarna pink
  4. 1 sudu kecil perisa strawberry
  5. Buah badam (goreng tanpa minyak)
  6. Paper cup     
 ..................................................................................................................................................................

Cara-cara membuat :-

1.  a) Bahagikan coklet tadi kepada 2 bahagian
    b) Double boilkan 1 bahagian coklet tadi dan..
    c) Masukkan 1 sudu minyak jagung, 1/2 sudu pewarna & perisa 
    d) Kacau coklet tadi hingga cair kemudian angkat dan
    e) Masukkan coklet tadi ke dalam acuan hingga 1/4 penuh dan
    f) Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.
    g) Selepas 30 minit, keluarkan coklet tadi dari peti sejuk dan 
    h) Letakkan badam di atas permukaan coklet.

2. a) Ulang langkah 1a - 1d  dan tuang coklet tadi hingga penuh acuan. 
    b) Sejukkan sehingga keras dan letakkan dlm paper cup.


P/s : Kalau nak guna coklet hitam pon boleh gak. Tapi just gune perisa je la. Tak payah guna pewarna k. Sentiasa letak coklet dalam peti sejuk sampai tiba masa tok dihidangkan. 

Mudah je tok buat coklet ni. Lepas ni boleh la wat tok hantaran ye. hehe ok yg ni serius budget gile cita²



Hantaran ija April lalu ☺



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...