Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Sunday, February 13, 2011

Vietnam Tour (ep 2 - Cu Chi Tunnel)

  
  
  
Seperti yang djanjikan saya akan menyambung cerita tentang tempat yang telah saya jelajahi pada cny kelmarin. Ok enteri kali ni saya nak mengomel pula tentang Cu Chi Tunnel.
Cu Chi Tunnel..ape itu Cu Chi Tunnel ya? 

Ia adalah sebuah terowong yang awalnya dibina dalam usaha menetang penjajahan Perancis keatas Vietnam suatu masa dulu. Terletak di War Memorial Park di daerah Cu Chi, 100km dari Ho Chi Minh City (kira² 1 jam perjalanan). Cu Chi Tunnel merupakan rangkaian terowong bawah tanah sejauh 120 km. Ianya terletak di antara 1 hingga 40 meter di bawah tanah.

Ok ni gambaran sebenar terowong cu chi pada masa dahulu. Dari sini kite boleh lihat terdapat banyak bilik² kecil di dalam tanah yang lengkap dengan tempat untuk merawat pesakit, stor, bilik meeting dan tidak lupa juga dapur untuk mereka survive. Bagi mengelakkan mereka dikesan oleh pihak lawan, mereka telah bina 1 lagi lubang dan diletakkan kapas sepanjang lubang berkenaan bagi mengilangkan asap serta mengelakkan asap itu naik ke permukaan tanah. 

Pic ni terang sikit..Dah macam sarang semut plak ha

Cu Chi Tunnel briefing. Besar kan kawasan Cu Chi ni

Cu Chi guide demonstrates how to enter and shut the hole. No wonder la orang sane sume stock kecik², see lubang terowong rahsia ni pon kecik ya amat. So please kuruskan badan anda sebelum pergi ke sini ya. Ini berita yang betul² serius ok. haha

Bile selesai sudah demonstrasi terowong cu chi ni kite akan melawat pula tempat yang dipanggil self made weapon gallery. Di sini kita akan lihat pelbagai jenis perangkap yang dibuat untuk melawan pihak musuh.

 See-saw trap

Fish trap

Siap ade buh ular dalam tu, tak tahan sure tak leh lepas punya si pemangsa.

The booms

Sandals yang diperbuat daripada tayar lori

Ok part ni yang paling saya suka
jeng...jeng...
M A K A N    T I M E  
 
Lepas penat masuk terowong Cu Chi mesti perut anda akan berase lapa, so ape lagi kite makan la..

Makan time part 1 - low class section

Kami disajikan dengan ubi kayu rebus dan kacang masin sebagai bahan cicah. Motif die hidangkan menu ni sebab nak kitorang lawan kentut sape paling busuk mase dalam bas. Haha ok yang ni tipu je. Ubi kayu ni menu utama masa zaman perang dah name pon pegi lawat tempat zaman perang so memang bagi makan menu zaman perang la so memang tak dapat la nak oder siakap 3 rase kat sini. huhhhh melepas~

 Makan time part 2 - High class section

Kalau yang tadi tu jika anda makan ianya akan membuatkan anda mengalami sindrom kentut busuk, tapi kali ni sure terbaik. Kalau kentut pon tetap wangi dan akan disimpan di dalam lubuk hati dan memori daun keladi sampai balik ke Malaysia. Kedai Shamsudin ni bagi aku memang kedai makanan melayu paling terbaik kat negara ni.

 Close up skit pintu depan die

 Now kasi close up plak menu die

 walllaaaaa~

 pulakkkkk~

Lepas penat berjalan & bermuncung-muncungan mese tok cek in plak.  

 Ini la tempat kitorang tumpang berteduh semasa berada di negara orang


Next post --->  I-City Vietnam



1 comment:

  1. If you opt to visit Vietnam, you are guaranteed to experience many different flavors and foods you may not have tried before.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...