Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Wednesday, February 16, 2011

Vietnam Tour (ep 4 - Mekong Delta)

 
Entri ke-4 tok minggu ni dan ya tetap cite pasal Vietnam. Asal aku beria sangat nak cite pasal ni ek? Cam la takde cite lain ko nak tulis tapi takpe la aku just nak share kat korang pengalaman aku pi sane dan belum tentu lagi aku akan pi sane lagi dan belum tentu gak kalo aku pi sane lagi aku akan buat posting sampai 5-6 entri yang sama dalam seminggu. Korang mesti rase cam nak hempuk aku sebab bosan nak bace ape yang aku mencarut tah² aku copy & paste je kot entri dlu² sebab dah takde idea.

..... ok diyana please be serius sikit .....

Perjalanan dari hotel kami ke delta mekong ni memang mengambil mase yang lame bangat (kira² 1jam 30 minit) naik je bas pastu sambung membuta balik sebab kes tido mati malam tadi tak cukup puas ya.

Semasa dalam perjalanan ke sane terjumpa dengan satu kawasan sawah bendang. Tetiba aku ternampak suster ngesot kat tengah² bendang tu dok jaga tanaman. Korang percaya ke? mesti la korang tak percayakan sebab suster ngesot tu made in Indonesia. tempat yang aku pi ni kat Vietnam memang la menipu sangat. Ape la aku merapu ni ek? 

..... ok diyana, lagi please be serius sikit .....

Takde la sebenarnya aku nak cite kat korang yang aku terkesima tengok kat tengah² bendang ade kubo sanak sedara tuan punya tanah mase otw pi delta mekong tu. 

Tengok sikit.. aku tak mengarut ya memang betul² wujud kot. Kalo keadaan camni wujud kat m'sia memang semua orang taknak turun ke bendang. Ni ayat orang pemalas ok tu sume alasan je haha. Sebenarnya kawasan pekuburan bg penduduk disini terhad so bagi sesapa yang ade tanah tu memang sah² la tu je port dorang tanam kaum keluarga dorang yang dah pergi. Untung² dapat gak kubo dorang tu terjaga kan dah tu dan tu nak bersawah dan tu gak sempat ziarah sedekah pape yang patut. Untung dorang kan.. dah sambung balik cite pi mekong. Lepas jumpa je port kubo² unik ni kire² 15minit perjalanan kami pon sampai la ke delta Mekong ni.

  Here we goes..

Ni la cruise kitorang haha ingatkan dapat kerusi empuk macam yang sebelah tu. Ala yang kerusi die warna koko tu ha. Tapi apakan daya, kami disabotaj so dapat naik yang colour biru plak.

Oit jangan main² ya even dapat bot tak seindah warna koko tu tapi bot biru ni siap ade sediakan air kelapa champion okay.   

Mase dalam perjalanan ke dragon Ireland tetiba terperasan dengan jambatan ni. Apakah .... yang berlaku? Tetiba terasa macam dah berada kat Pulau Pinang plak dan bila dah tiba di darat tetiba ternampak dengan
.
.
Rapunzel..!!

Walaweh mula² jumpa klon jambatan P.Pinang sampai je darat jumpa dengan klon karekter disney pulak. Terasa macam trips ke kayangan je. Tapi muka rapunzel asian ni seram kn? lagi² bile die dah start bukak mulut memang kopak la duit korang kene bagi tips kat die. Kalo nyanyi sedap takpe la jugak. Papepon aku tetap nak bagi pujian kat amoi ni sebab..even die bela rambut sepanjang jambatan tadi tapi amoi ni tetap pandai jaga rambut beliau. Sungguh halus dan lurus seyhhh malam² kalo sejuk boleh diupgrade menjadi gebo.

Lepas naik je darat merayau² tengok barang cenderamata dan merasa makan madu lebah fresh dalam 1jam macam tu, weall merasa lagi pulak naik cruise sampan. What? again? Tapi yang ni paling debak² rase hati cheq seriusly. Cheq nak habaq katsini yang cheq ni sebenarnya ni gayat air. =.="


Bersama sanidut (bajet cool jela ko sani)

Bersama ika gonjeng. Erk gamba encik Bo takde ye sebab die tengah sibuk layan mak cik sampan tu mengayuh mentang² bini dok jauh merenyam ye kojenya.

Pengalaman yang paling takleh lupa bersama mak cik yang gigih mengayuh sampan merentasi kawasan ni. Cool kan...





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...